Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Sabah Flour & Feed Mills > Makanan Ringan > Cakui / Youtiao (Chinese Fried Dough Stick)
Cakui / Youtiao (Chinese Fried Dough Stick)
Bahan :
Tepung Gandum Pink Horse (Tepung Pau) 500 gram
Air sejuk 200 gram
Chemical leavening agent 30 gram
Gula pasir 10 gram
Garam 20 gram
Telur 1 biji
Lemak sayuran 30 gram
Cara-Cara :
- Campurkan semua bahan dan gaul secara rata sehingga membentuk doh.
- Kacau adunan selama kira-kira 5-10 minit sehingga permukaannya licin dan berkilat.
- Tutup mangkuk dan ketepikan adunan sekurang-kurangnya 2 jam.
- Gulungkan doh, dan potong menjadi doh atau kepingan segi empat tepat dan rata.
- Potong doh sehingga rata. Masing-masing selebar kira-kira 2.5cm atau dengan sukatan berat 50 gram untuk 1 doh.
- Basahkan kayu lidi atau buluh ke dalam air dan tekan ke tepi jalur doh. Semasa bahagiannya masih basah, letakkan pinggir jalur doh yang lain di atas dan tekan ke tengah kedua-dua jalur doh.
- Di dalam kuali, panaskan minyak dan gorengkan doh yang digabungkan hingga kekuningan.